Sejarah kutipan filem terendah Senarai_filem_Malaysia_berdasarkan_kutipan_terendah

Sebelum tubuhnya Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) pada tahun 1980, sutradara yang mendomasi tanah air dan digelar sebagai epik filem tanah air adalah Seniman Agung Negara, P. Ramlee (22 Mac 1929 – 29 Mei 1973). Allahyarham P. Ramlee telah mengeluarkan lebih daripada 50 filem hasil dan arahannya yang dikeluarkan pada sekitar tahun 1950-an, 1960-an dan 1970-an, dimana filem-filem beliau semuanya menerima kutipan yang tertinggi pada ketika itu. Namun demikian, sekitar pada tahun 1966, P. Ramlee berada pada ambang kejatuhanya dimana enam belas filem terakhir beliau iaitu Do Re Mi (1966), Nasib Do Re Mi (1966), Sesudah Suboh (1967), Keluarga 69 (1967), Anak Bapak (1968), Gerimis (1968), Ahmad Albab (1968), Kanchan Tirana (1969), Bukan Salah Ibu Mengandong (1969), 6 Jahanam (1969), Di-Belakang Tabir (1970), Dr. Rushdi (1970), Gelora (1970), Putus Sudah Kaseh Sayang (1971), Jangan Tinggal Daku (1971) dan Laxmana Do Re Mi (1972) mengalami kegagalan komersial, filem-filem terakhir beliau turut dikutuk dan dibenci oleh rakyat tanah air ketika itu, serta disebabkan tiada rekod bilangan penjualan tiket dan kutipan yang tepat, dengan ini secara rasminya tidak dapat menyatakan bahawa jumlah hasil kutipan filem keluarannya secara kasar.[1]